Namun masa depan orang Islam di Malaysia tidak tahu lagi kesudahannya. Kerana melihat iklim perubahan semasa, saya kira ia berada diambang kemusnahan dan kehancuran. Sekiranya ummah terus mengejar kepentingan dan matlamat sendiri, tidak lama lagi hilanglah kesinambungan agama sebagaimana hilangnya identiti Islam di Andalus Sepanyol. Sekiranya para ulama terus berlaga berkenaan politik demokrasi Malaysia, usaha membangunkan ummah akan perlahan kerana sibuk mencari hujah yang kritikal bagi melawan pihak yang ditentang. Sudah tiba masanya ummah bersatu padu. Menjernihkan mana-mana yang keruh. Sudah tiba masanya orang muda Islam bangkit memajukan agama.
SUDAH TIBA MASANYA!!! AYUH BERSAMA BANGKIT SEMUA!!!

No comments:
Post a Comment