Berkawan… kawan merupakan satu komponen yang penting dalam kehidupan manusia!!! Tanpa kawan pasti kehidupan ini sunyi dan sepi… ada orang kata kawan itu macam bintang walaupun hanya kelihatan pada waktu malam tetapi tetap hadir menemani hari-hari yang terang… ada orang kata kawan yang paling baik apabila dia sentiasa ada di sisi kita… lebih-lebih lagi sewaktu kita memerlukannya pada waktu sedih dan kecewa… Nabi Muhammad mendefinisikan kawan dengan tamsilan yang amat mudah mengenai penjual minyak wangi dengan si tukang besi. Sabdanya…
“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak”… (Riwayat Abu Daud)
kawan juga mempunyai banyak jenis. Ada kawan berdasarkan duit dan harta. ada duit, adalah kawan. tiada duit, tiadalah kawan. kawan kerana memenuhi keperluan antara satu sama lain. apabila kawan kita tidak menolong kita, kita pula kecewa kerana kita pernah menolongnya. kita mula berharap daripadanya. sedang ia juga manusia biasa… perkara ini amat kritikal kerana boleh membawa syirik yang halus.
Namun,penulis belajar definisi kawan yang amat tepat daripada sumber agama… kerana dengan agama hakikat nilai sesuatu menjadi bermakna… Dalam Islam, kawan adalah lebih hanya sekadar kawan… kerana kawan adalah saudara… saudara yang mempunyai talian darah yang dekat antara satu sama lain…
“Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hakikatnya kita semua bersaudara…. bukankah kita mempunyai nenek moyang yang sama???
Ada satu kisah benar yang boleh kita teladani mengenai kawan.
Dalam satu peperangan, seorang lelaki telah mencari saudara sepupunya yang menyertai satu peperangan. Dia membawa bekas kulit yang mengandungi air untuk diberikan kepada sepupunya. Apabila dia telah menemukan saudaranya itu, ternyata dia dalam keadaan nazak ditambah lagi kehausan kerana kegigihannya berperang (cuba bayangkan sekiranya anda sedang kehausan!!). Apabila lelaki tersebut ingin menuangkan air kepadanya, tiba-tiba seorang lagi rakan seperjuangannya berhampiran dengan mereka berdua mengerang kesakitan. Sebaik sahaja mereka mendengar jeritan tersebut, sepupu lelaki itu bergegas mengisyaratkan agar sahabatnya itu diberikan air terlebih dahulu. Lelaki itu pun bergegas untuk memberikan air kepada rakan saudaranya. Sesampai sahaja disisinya, seorang lagi sahabat yang terlantar mengerang kesakitan. Teman saudaranya pun mengisyaratkan supaya pergi kepada orang yang mengerang kesakitan itu. Apabila lelaki itu sampai di sisi sahabat tersebut, ternyata ia sudah meninggal dunia. Lelaki itu pun bergegas pergi kepada sahabat saudaranya, ternyata dia sudah tidak bernyawa lagi. Akhirnya, apabila dia pergi ke tempat saudaranya, dia juga telah menghembuskan nafasnya terakhir.
Dalam keadaan sedemikian, amat sukar untuk seseorang itu memberi tumpuan kepada orang lain apatah lagi untuk meninggalkan saudaranya yang dalam kehausan lalu pergi membei minum kepada orang lain. Penulis diberitakan apabila seseorang yang tengah nazak, mereka benar-benar dalam kehausan apatah lagi setelah bertempur di medan perang!!! cuba anda bayangkan, sekiranya anda dalam kehausan namun terpaksa memberikan air kepada sahabat anda untuk memenuhi keperluan mereka. Pasti perkara ini sesuatu yang amat berat.
Pada pendapat sabaq duding (2013), sabar adalah kawan. kita dan kawan kita semuanya merupakan manusia yang ada kelebihan dan kekurangan. Kadang-kadang kawan kita menjadi sumber kemarahan, kejelekan, kesakitan… dan semua ke… an kepada kita. Apa yang kita boleh harapkan daripada seorang manusia yang hakikatnya tidak dapat memberikan kita apa-apa… Namun, sekiranya kita boleh memberikan senyuman dibalik kedukaan kawan kita, itu sudah cukup untuk membuktikan kitalah kawan yang hadir untuk dirinya…=). Terima kawan kita seadanya… bukan terima apa yang dia ada. Semua kita menjadi kawan yang terbaik untuk kawan kita!!!
we share the same bright sun, the same round moon… why dont we share the same love??

No comments:
Post a Comment