Tuesday, June 11, 2013

Masa depan di beli adalah pada masa sekarang...

kata abang kepada adik ( tengok keluarga kita n, bukan keluarga senang , kita lahir semua dalam kesusahan, bapa kita tidak pernah sekolah , mak kita sekolah ttp sekejap saja, bila kita x da sekolah kita susah mw hidup senang, cuba adik ubah semua ini, belajar la adik sampai berjaya , apa yg kita alami dulu kita jgn alami lagi, kalau boleh kita kasih senang mak bapa kita n ...)
                                   
                                                                                                                                                                 

Monday, June 10, 2013

UMMAH YANG SEDANG TENAT

Kelihatan perpaduan ummah semakin rapuh dinihari. Ummah pada hari ini melalui hari-hari yang pahit sebagaimana yang telah dsabdakan oleh nabi sebagai FITNA yang terbesar dari zaman permulaan tamadunnya sehinggalah ke hari ini. Orang Islam Rohingnya dibunuh dengan kejam dan zalim di daerah Rakhinee di Myanmar. Belum lagi dikira permusuhan antara shiah dan sunni di Timur Tengah. Negara Syria bergolak hingga memakan nyawa jutaan-ribuan ummah Islam. Dan sampai hari ini juga orang Islam di Palestin ditindas tidak pernah sudah! Manakan tidaknya ulama sebagai pewaris nabi berlaga sesama sendiri hanya disebabkan perkara kecil.

Namun masa depan orang Islam di Malaysia tidak tahu lagi kesudahannya. Kerana melihat iklim perubahan semasa, saya kira ia berada diambang kemusnahan dan kehancuran. Sekiranya ummah terus mengejar kepentingan dan matlamat sendiri, tidak lama lagi hilanglah kesinambungan agama sebagaimana hilangnya identiti Islam di Andalus Sepanyol. Sekiranya para ulama terus berlaga berkenaan politik demokrasi Malaysia, usaha membangunkan ummah akan perlahan kerana sibuk mencari hujah yang kritikal bagi melawan pihak yang ditentang. Sudah tiba masanya ummah bersatu padu. Menjernihkan mana-mana yang keruh. Sudah tiba masanya orang muda Islam bangkit memajukan agama.

                      SUDAH TIBA MASANYA!!! AYUH BERSAMA BANGKIT SEMUA!!!


APA ITU KEJAYAAN

Kejayaan yang sebenar bukanlah terletak pada penguasaan Putrajaya, tetapi kejayaan seharusnya diukur sejauh mana kita menjaga adab seorang muslim sewaktu berjuang. Ada sahabat yang mati ditombak sewaktu mendakwahkan Raja Rom dan sekalian rakyatnya untuk datang mengesakan Allah...Diakhir kalamnya dia berkata, "Ya Tuhan Kaabah, sungguh aku telah berjaya!!". Dia mendefinisikan kejayaannya mati di jalan Allah!!

bahasa bugis

Makan = mandre
Minum = minung
Duduk = tudang
Bangun= berdiri
Tidur = matindro
Baring = liuk
Bercakap = mabbicara
Berjalan = jokka
Berlari = lari
Mandi = dio
Bekerja = mappalaung
Berniaga = mabbaluk
Membeli = melli / mengelli
Bermain = maccule
Berak = jambang
Kencing = temeh
Mimpi = katulu-tulu
Memburu = maddengeng
Tumbuk = cakguruk
Lempang = leppak
Sepak = tempa
Menyapu = massering
Membasuh = massessak / mabbissa
Makan : Mandre
Nasi : Nandre
Mau/Nak/Ingin : Melo
Saya Hendak Makan Nasi = "Melo Kak Mandre Nandre"
Aga: Apa
Kareba: khabar

Apa khabar = Aga Karebaaa???
Maka haruslh menjawab 'ALhamduLiLLah..MadeceNg'.. (ALhamduLiLLah.. Baikkkk..)


Aq...

Kdg2 hidup ini terlalu sibuk dgn perkara2 yg menuntut hati, curahan keringat dan intelektual...

Kdg2 hati ini sayu dan sedih melalui kehidupan...

Namun, tersentak pada hati, begitu nikmat air mata kesakitan dan kepedihan yang keluar...

Diri ini ingin terus berjuang hingga tidak ada air mata yang hendak ku tagih...

Ingatlah..

aku tidak mengingatimu pada helaian gambar-gambarmu...

Namun, ingatanku kepadamu pada bait-bait degupan jantungku... kerana apa yang bermakna sentiasa tersemat dan terkubur di hati...

Pengubat buatmu duhai sahabat...

AKU BUKAN BUDAK BAIK





kegembiraan banyak mengubat luka hati yang bercelaru dan fikiran penuh dengan masalah..
walaupun diri ini tidak sempurna, aq merasa ianya satu kehebatan dan kekuatan pada diri aq sendiri.. aq bukan orang yg kuat merendah diri dan aq bukan orng kuat meninggi diri.. mgkn aq berada di antara tengah2 tu.. parent dan kawan adalah stu kekuatan dan semangat ku utk berada di muka bumi ini.. kehidupan ku adalah pengajaran utk kehidupan ku skrng.. 
kesusahan dn keperitan yg aq alami buat kan diriku tabah ..
ramai kawan aq n anggap aq n c budak baik dn matang la ( kata mereka hehe ) sebenarnya aq n x budak baik..aq n budak jahat la juga... jika aq budak baik aq mst jadi anak yg soleh malahan aq belum trcapai lagi dgn golongan itu... bila kita lepak sama2 ,bercerita sama2 , klu boleh aq x mw sakitkan hati kamu , aq mw menjadi kawan yg terbaik utk kamu , aq x kisah kekurangan aq n mnjadi kegembiraan pada kamu yg penting kamu hapy..kadang2 aq n pun kuat mengolok juga kan hehe... biar la kita sama2 ambl kegembiraan utk ubat luka d hati kita n.. masalah tu akan hilang dgn perlahan2 nya.. mcm aq n hehe adalah orng yg paling banyak masalah , aq yakin yg aq sdg d uji oleh tuhan .. disini penegasan dan pengajaran aq dan semua jgn pernah mengeluh apa yg kita buat.. mengadu itu ada tahap nya.. kita sharing masalah kita .. aq n jenis suka mendengar luahan orng .. klu boleh aq mw menjadi sebahagian pengubat luka hati dan masalah kamu..



Sunday, June 9, 2013

SUBAHANALLAH

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

Aamiin Ya Allah.

Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai orang yang boleh atau lebih, tiada kerugian bahkan digalakkan.

Ikhlaskanlah hatimu dalam menyampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia adalah pentas, akhirat jua lah tempatnya yang sebenar

Saturday, June 8, 2013

SERABUT DAN SERABUT


                                        PERSONALITI DAN KAEDAH PENYELIDIKAN

biar kata nak capai satu kejayaan itu memang perlu merasai kesusahan dahulu ... final exam sem 2 ini banyak mengajar untuk lebih tekun fokus di sem depan...... serabut berabis aq membaca buku n dalam bahasa inggeris pula tu... nasib ada slide dalam bhs melayu... baca dalam bahasa melayu pun mash serabut ,, konsep nya aq bingung teorinya aq bingung aissssssssssshhhhh mmg perit aq otak aq untuk menerima... teringat kata seorang < tidak ada yang senang di dunia ini > mendalam sungguh ayat tu sampai munusuk2 dalam kepala otak aq... nasib ada kawan2 yg mahu belajar kumpulan dgn aq  .. dri situ aq mula melangkah untuk improve memahami subjek ini... dengan usaha ku yg sanggup x tidor demi menjawab paper n... alhamdulillah aq dpt jawab juga semua .. walaupun ada juga aq tersalah jawapan ... aq yakin aq jawab semua tu byk yg betul...
keluar dewan exam terasa nyaman siap senyum2 lagi... hehehe..
pengajaran di sini untuk sabaq duding next sem fokus la berabis dalam kelas tu jgn ko lalai ,jgn kuat main, selalu turun kelas ... cayoooooo

Friday, June 7, 2013

MY FRIENDS

What is friend?
                    Many of us can definite the term of friend with our own interpretation and understanding. Literally, if we follow the definition of friend from Wikipedia, it considered to be closer than association, although there is range of degrees of intimacy in both friendship and associations. In simple definition, friend is a person who we meet and start to know each other whether we are close or not. Friends can be classified into some categories such as childhood friends, friends from school, old friends, best friends and the most important is a friend for the rest of life! In my personal opinion, friend is one of the important components in our life. This is because the uniqueness of every person of human enlightens us the important of organization and society that interdependent each other like a piece of puzzle connect each other to form a complete puzzle. We meet, laughing, crying, sulking, mocking and sharing coloring our life with our friends together and finally there is a time to say “god bye”. Yes, this is life! What goes around comes around. I still remember and still fresh in my space of mind the day I ate sanggar (banana fried) with my friends after the school hour and enjoy the evening with watching the sky painting with full of excitement color. I agree with Hujan in one of the lyrics in their song, “Alangkah indahnya dunia, bila kita semua akan bersama semula...”. Thank you my friends for coloring my life!! 




WARKAH BUATMU KEKASIH


"Syahadan, al-mukaraman kehadapan kekasih yang dikasihi. Sudilah kiranya kekanda mempersembahkan warkah yang usang ini sebagai tanda kasih dan rindu bagai rindunya pungguk kepada rembulan. Duhai kekasih, telah berlalu lima purnama kiranya kekanda menunggu..."

Kisahnya si Uda itu tinggal di kuala sungai, ditulisnya surat cinta kepada si Dara yang jauh di hulu sungai. Surat itu ditulis dengan panjang berjela, tidak lagi termasuk dengan pantun kekasih, sajak, syair dan bermacam-macam lagi elemen sastera bersatu menjadi satu warkah seorang kekasih. Di masukkan surat itu ke dalam botol dengan lembut dan kemas bersama dengan sabut kelapa. Seterusnya dihanyutkan botol itu ke sungai dengan penuh harapan dan doa. Moga-moga surat itu akan sampai kepada biduan tercinta. Si Dara pula setiap hari turun ke sungai membasuh pakaian. Setiap hari ditunggunya surat itu dengan sabar dan harapan moga kemunculan surat itu sebagai pengubat kedukaan rindu. Begitulah seterusnya apabila si Dara ingin meluahkan persaannya kepada sang kekasih yang tercinta, ada pula cara yang lain dilakukan.

Cinta adalah perihal yang sangat peribadi. Kalau boleh dirahsiakan percintaan mereka. Begitulah ceritanya nenek moyang kita bercinta. Waktu itu posmen pun belum ada lagi. Terpaksalah menggunakan elemen alam untuk berkomunikasi.  Itupun berapa peratus sahaja kemungkinan surat cinta itu sampai kepada sang kekasih. Kalau tidak?? Boleh jadi gila dibuatnya!!!

Zaman mak ayah kita bercinta lain pula keadaannya. Tidaklah terlalu susah seperti nenek moyang kita dulu malah lebih cepat dan senang. Setiap petang, ditunggunya posmen menghantar surat daripada sang kekasih. Kalau tengok posmen je senyum. Tengok posmen je senyum. Posmen ingatpun si gadis syok dengan dia. Setelah surat cinta sampai di tangan, dibukanya surat itu dengan penuh rasa keterujaan!! Bau haruman semerbak menyelubungi ruang angkasa kediaman. Apakan tidak, dibubuhya bedak ataupun pewangi. Ditutup kemas bilik pintu takut-takut pula diketahui oleh orang tua. Boleh jadi cinta terlarang pulak. Tulislah apa-apa sahaja perasaan terhadap kekasih itu. Insha Allah surat itu akan sampai 90 peratus melainkan posmen itu sakit, ribut, tanah runtuh dan lain-lain. Kalau ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku, boleh jadi perang dunia jugaklah!! Kalau berlainan kampung mungkin sehari dah sampai. Lagi jauh jarak antara dua, lagilah lama surat itu sampai. Bayangkan kalau si teruna di benua antartik dan si Dara di antartika, sakit juga menunggu surat itu tiba.

Zaman pasca teknologi dan globalisasi ini, cara kita berkomunikasi pun sudah jauh berbeza. Kalau yang dulu berhari-hari menunggu mesej daripada seseorang, tetapi sekarang ini hanya dengan menekan butang "hantar" mesej sudah diterima. Itu kalau pesanan ringkas (SMS), kalau dalam fb, twitter, instagram dan media sosial yang lain?? Beserta dengan status cinta, komen, gambar dan lain-lainnya pasangan yang berkasih-kasih secara terang-terangan. Saya kadang-kadang naik meluat dibuatnya. Saya bukannya mahu mempromosikan pergaulan yang bebas, tetapi lebih baik sekiranya hubungan seperti itu di'privacy'kan. Hal ini demikian kerana perkara itu boleh menimbulkan fitnah antara keduanya. Sesuai dengan adab ketimuran kita yang masih mengekalkan budaya 'pemalu'.

Kalau yang dulu panjang berjela-jela dengan elemen-elemen sastera yang tinggi, tetapi hari ini semuanya straight to the point. "i like you": "i love you", "aku sayang kt ko" dan sebagainya. Semuanya sudah pun jadi mee segera. Semuanya mahu cepat dan pantas. Pada hemat saya, baik juga sekiranya dikekalkan elemen-elemen seni sastera itu bagi yang sudah mendirikan rumah tangga. Kata orang "ada banyak syok!!".

Mungkin ada betulnya juga kata orang, yang berumah tangga pun boleh bercerai, apatah lagi yang bercinta-cinta tanpa apa-apa ikatan. Kalau sudah tidak sabar mahu berumah tangga, ada baiknya sekiranya ia dikawal secara hemat dan cermat. Tetapi kalau ditahan dulu, maka itulah yang paling baik!!! Kalau jodoh tak ke mana, akhirnya bersatu juga. Takkan lari gunung yang dikejar.

Semoga nostalgia dan kesyahduan nenek moyang kita dapat diwariskan dengan unsur seni bahasa yang tinggi dan penuh adab. Apa yang lebih penting tinggikan iman dan amal kita kerana Allah berjanji untuk menyediakan lelaki yang soleh untuk wanita yang solehah. Janji Allah itu pasti. PERCAYALAH!!!

APA ITU KAWAN ??????

kita kawan

Berkawan… kawan merupakan satu komponen yang penting dalam kehidupan manusia!!! Tanpa kawan pasti kehidupan ini sunyi dan sepi… ada orang kata kawan itu macam bintang walaupun hanya kelihatan pada waktu malam tetapi tetap hadir menemani hari-hari yang terang… ada orang kata kawan yang paling baik apabila dia sentiasa ada di sisi kita…  lebih-lebih lagi sewaktu kita memerlukannya pada waktu sedih dan kecewa… Nabi Muhammad mendefinisikan kawan dengan tamsilan yang amat mudah mengenai penjual minyak wangi dengan si tukang besi. Sabdanya…

“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak”… (Riwayat Abu Daud)

kawan juga mempunyai banyak jenis. Ada kawan berdasarkan duit dan harta. ada duit, adalah kawan. tiada duit, tiadalah kawan.  kawan kerana memenuhi keperluan antara satu sama lain. apabila kawan kita tidak menolong kita, kita pula kecewa kerana kita pernah menolongnya. kita mula berharap daripadanya. sedang ia juga manusia biasa… perkara ini amat kritikal kerana boleh membawa syirik yang halus.
Namun,penulis belajar definisi kawan yang amat tepat daripada sumber agama… kerana dengan agama hakikat nilai sesuatu menjadi bermakna… Dalam Islam, kawan adalah lebih hanya sekadar kawan… kerana kawan adalah saudara… saudara yang mempunyai talian darah yang dekat antara satu sama lain…
“Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hakikatnya kita semua bersaudara…. bukankah kita mempunyai nenek moyang yang sama???

Ada satu kisah benar yang boleh kita teladani mengenai kawan.

Dalam satu peperangan, seorang lelaki telah mencari saudara sepupunya yang menyertai satu peperangan. Dia membawa bekas kulit yang mengandungi air untuk diberikan kepada sepupunya. Apabila dia telah menemukan saudaranya itu, ternyata dia dalam keadaan nazak ditambah lagi kehausan kerana kegigihannya berperang (cuba bayangkan sekiranya anda sedang kehausan!!). Apabila lelaki tersebut ingin menuangkan air kepadanya, tiba-tiba seorang lagi rakan seperjuangannya berhampiran dengan mereka berdua mengerang kesakitan. Sebaik sahaja mereka mendengar jeritan tersebut, sepupu lelaki itu bergegas mengisyaratkan agar sahabatnya itu diberikan air terlebih dahulu. Lelaki itu pun bergegas untuk memberikan air kepada rakan saudaranya. Sesampai sahaja disisinya, seorang lagi sahabat yang terlantar mengerang kesakitan. Teman saudaranya pun mengisyaratkan supaya pergi kepada orang yang mengerang kesakitan itu. Apabila lelaki itu sampai di sisi sahabat tersebut, ternyata ia sudah meninggal dunia. Lelaki itu pun bergegas pergi kepada sahabat saudaranya, ternyata dia sudah tidak bernyawa lagi. Akhirnya, apabila dia pergi ke tempat saudaranya, dia juga telah menghembuskan nafasnya terakhir.

Dalam keadaan sedemikian, amat sukar untuk seseorang itu memberi tumpuan kepada orang lain apatah lagi untuk meninggalkan saudaranya yang dalam kehausan lalu pergi membei minum kepada orang lain.  Penulis diberitakan apabila seseorang yang tengah nazak, mereka benar-benar dalam kehausan apatah lagi setelah bertempur di medan perang!!! cuba anda bayangkan, sekiranya anda dalam kehausan namun terpaksa memberikan air kepada sahabat anda untuk memenuhi keperluan mereka. Pasti perkara ini sesuatu yang amat berat.

Pada pendapat sabaq duding (2013), sabar adalah kawan. kita dan kawan kita semuanya merupakan manusia yang ada kelebihan dan kekurangan. Kadang-kadang kawan kita menjadi sumber kemarahan, kejelekan, kesakitan… dan semua ke… an kepada kita. Apa yang kita boleh harapkan daripada seorang manusia yang hakikatnya tidak dapat memberikan kita apa-apa… Namun, sekiranya kita boleh memberikan senyuman dibalik kedukaan kawan kita, itu sudah cukup untuk membuktikan kitalah kawan yang hadir untuk dirinya…=). Terima kawan kita seadanya… bukan terima apa yang dia ada. Semua kita menjadi kawan yang terbaik untuk kawan kita!!!

we share the same bright sun, the same round moon… why dont we share the same love??


ENGKAU SI PERMATA HATI


Si permata hati…
suaramu menenangkan hati…
menjadi pengubat kedukaan diri…
dari kecil kudibuai dengan kasih sayang…
kudicurahkan ilmu dan didikan akhlak penyejuk mata…
moga esok hari aku mungkin menjadi orang yang berguna…

Dikau permata hati…
wajahmu laksana bulan mengambang…
yang menerangi tika daku di dalam kegelapan…
menyuluh jalan kehidupan…
jalan-jalan yang meniti diriku kesedihan…
moga esok hari diriku persiapkan hikmah kebijaksanaan…

Engkaulah permata hati…
Kehilanganmu suatu kesedihan…
memancar kesengsaraan  dan kepedihan pada setiap degupan jantungku…
daku setiap hari menunggumu…
Mengunggu kepulanganmu…
saat bayangan datang kepadaku…
kuyakin bahawa itu dirimu..
ditemani dengan radio kaset itu…
dibuai lagu bahawa aku sangat merinduimu…

"Rinduuuu... uuu... rindu serindu-rindunya...."

untuk si dia bergelar ibu...

AKU MAHU JADI ANAK SOLEH.............


Aku orang yang tidak faham dengan Islam...
Malah tidak mampu menjadi seorang muslim yang baik...
Malah jauh sekali dengan Islam...
Bagaimana bisa diriku mampu memberikan kefahaman kepadamu, sedang aku juga tergolong dalam kalangan yang tercatat dalam Kitab al-Hakim sebagai golongan yang tidak mengerti??...
Punyai kecacatan pada ilmu mahupun ibadat...

Akhlakku teramatlah jauh jika hendak engkau bandingkan dengan sang yang terpuji (Muhammad S.A.W)...
Yang mampu tersenyum tika suka dan duka...
Yang mampu memberi sedang dirinya juga memerlukan...
Yang mampu bersabar sedang dirinya juga terluka...
Bagaimana bisa diriku mampu menjadi teladan untukmu?

Namun aku juga punyai azam dan keyakinan...
Punyai hasrat mahupun kemahuan...
Bahawa aku dan dirimu juga mampu menjadi insan yang soleh...
Punyai ibadat dan rohani yang sihat...
Mungkin setahun, 10 tahun, 50 tahun, atau seumur hidupku perlu aku gadaikan untuk merasainya..
Yang nilainya tidak dapat kudimensikan pada emas apatah lagi dengan dunia...
Kemanisan dan kenikmatan iman....


Berdiri diatas pena,
SABAQ DUDING